3122010
![]() 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." Wallahu a'lam. Motif ak hargailah wanita. Hoho. Sesungguhnyaa wanita itu hiasan dunia , sebaik hiasan adalah wanita yang solehah. Oyeh! Tetiba ak jadi baek ary nei. Hermm. Agaknyaa sebab ak kena marah kut tadi. Sapa marah ak? Of kos laa MAK ak. Huhuhu. Sori mak. Cek memang malaih bab bab kemaih baju nei. Hehehhe. Cita dy canei. Pagi tadi time ak dok syiok syiok online tetiba mak ak panggei ak. Suwoh ak sapu sampah. Haisyy. Kacau r. Tapi disebabkan ak nei baek + waras ak pun sapu laa. Then kemaih kemaih sikit Pastuw ak blah. Hahah. (da jadi rutin) Sebab ak tau. Kalau ak tak blah time tuw mesti banyak gi keja ak kena wat. Heheh. Then tak pala. Ak pi dok umah makteh sembang sembang ngan sepupu. (time semayang jumaat nei) Huhu. Pastuw ak balek umah. Perut ak da wat dandut daa. Adeihh. Makan. Yang bawah nei merupakan kejadian kejadian yang berlaku di tempat kejadian. Step 1 - Langkah masuk lam umah. Sepi. Tak da sapa. Ak masuk wat bodoe jaa. Step 2 - Masuk bilik. MASYA-ALLAH!!!! Besepah dowh! Haisyy. Keja kak ak r nei. Huhu. Dy kata mak ak marah ak sebab ak peqosoh (wak masuk) jaa baju lam almari. Haram tak susun pun. Respon ak GELAK!! KAH3!! Dekad mana ak penah susun baju? Hat tuih. Jangan harap. Heheheh. Keadaan bilik. Hermm. My sister asing teruih baju ak dari almari dy. (sebelom nei kami share almari) Huhu. Sedeh. Macam kena halau jaa. Then its oke. I tak kesah pun. Huahuahua. Ak teruih amek baju ak yang besepah ataih katil ak tuw ak lipat. Then ak SUSUN ELOK ELOK lam almari ak.(haah! besaq tuw ak taip) Heheh. Ajen gakk ak nei lipat baju. (ciss) Step 3 - Abeh susun baju , kemaih almari , kemaih bilik ak blah lagi. P umah mak lang. P sat jaa sebab sepupu ak yang lagi sowang tuw tak mai lagi. And tak mau kacau tirah(anak mak lang ak) Huhuhu. Step 4 - Ak balek umah. Bukak tv. Boring. Tengok mak ak tak dak pi mana tak tau ak online! Hahahahah. (gelak jahat) Lumrah ak. Heheh. Now im here. Update my beloggg. Keh3. Tak tau nak watpa. Hoho. K r. Ak nak blah lagi. Thats all. Tata. ^^ (adegan di atas adalah dilarang sama sekali untuk dicontohi. ak xpa. ak mmg malaih!) p/s ; macam dah laqi tajuk jaa kan? haah! MAMPOIH PI !!! (tag line i ok) :P ![]() ![]()
|
Thanks anyway cause you dare to step on my blog. Behave yourself. Know my world, I'll cheers yours. All is well :D [Facebook | Twitter | ![]() ![]() ![]() # no spamming and childish acts! Template Designer : Ayem Editor : sha's daughter material: athirah rahim |